Mutiara Hikmah
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak di bajai dengan keberanian.
Wanita yang cantik tanpa pribadi yang mulia,
umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.
Rasulullah S.A.W bersabda, Allah berfirman : Tidak cukup untuk-Ku langit dan bumi-Ku, tetapi yang cukup bagi-Ku hanya hati hamba-Ku yang beriman – Hadis Qudsi
Melalui nur matahari, engkau melihat alam, tetapi dengan nur iman, keyakinan kamu terus melihat kepada Allah yang menciptakan alam – Syeikh Ahmad Ata’ allah
Tidak ada yang sulit bagi orang yang mahu,
Tidak ada yang mudah bagi orang yang enggan.
Setitis musibah memungkinkan kita menerima lazatnya hidayah Allah
Cantik wanita kerana kejernihan wajah, manisnya wanita kerana seyuman indah,ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebatnya wanita kerana kesabaran, mulianya wanita krn keimanan.
Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya.- Sayyidina Yahya bin Muad’dz Arrozy
Siapa yang ingin amalnya diketahui orang, maka itu adalah riya’ dan siapa yang ingin diketahui orang hal keistimewaan maka itu pendusta
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
Ibrahim bin Adham pernah mengingatkan kepada penduduk Baghdad yangg bermaksud : Hati manusia akan tertutup dgn tiga (3) keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga. Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kau ada, maka kamu akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang. Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan menjadi orang yang tidak redho, orang ini akan diseksa. Apabila kamu menerima pujian, kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.
Al Hasan R.a berkata : Seksa bagi seorang alim itu iala mati hatinya. Ketika ditanya : Bagaimana mati hati itu? Mencari dunia dengan amal akhirat.
Jika Engkau telah mengetahui bahawa syaitan itu tidak pernah melupakanmu, maka janganlah engkau lupa terhadap tuhan yang nasibmu ada ditangannya (Syeikh Ahmad Bin Ata’Allah Al Iskandary)
Ibarat kata-kata itu sebagai makanan bagi pendengar yang berhajat dan memerlukannya dan engkau tidak dapat apa-apa daripadanya kecuali yang engkau makan. (Syeikh Ahmad Bin Atta’Allah Al Iskandary)
Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama’ kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan yang lebat.
Kemaskini Ogos 2013
Jika ada orang yang tahu bahawa neraka berkobar-kobar (menyala – nyala) dan syurga penuh hiasan, dan dia dapat tidur nyenyak, sungguh sangat menghairankan. (Ahmad Bin Harb)
Seringkali kita gemar mengingatkan semula hari-hari yang bahagia tanpa menyedari hari-hari yang berlalu itu telah mengurangkan umur kita & mendekatkan kita kepada kematian (Nurtaufiq)
Linangan air mata tidak akan membuat seseorang terkeluar daripada golongan orang yang sabar selagi kita redha kepada ketentuan Allah. (Nurtaufiq)
Betapa aku bukanlah yang terbaik.. Tetapi bercita – cita untuk menjadi yang terbaik di dalam segala hal. Namun terbaik di sisi Allah adalah segala-galanya. (Nurtaufiq)
Jika kalian pernah merasai betapa ajaibnya tawakal kepada Allah, pasti kalian tidak akan pernah berhenti berusaha dan berdoa. (Nurtaufiq)
Kejayaan… Susunan aturan perjalanannya bukan untuk dibanggai , tetapi untuk disyukuri dan diteladani. (Nurtaufiq)
Pesanan al T’ilmisani kepada saudara – saudara pendakwah,”Aku Khuatir jika kalian hanya menjadi jambatan bagi orang lain yang hendak menuju ke syurga, sedangkan kalian masuk neraka. “
0 komentar:
Posting Komentar